BAHAN-BAHAN :
- 500gm spaghetti
- 10 ekor udang - buang kulit
- 50g air
- 1tsp serbuk cukup rasa
- 2 kiub ayam ( apa brand boleh)
- 1 kuib daging lembu (apa brand boleh)
- 5 tbsp minyak zaitun
- 5 ulas bawang putih - Cincang
- 5 biji cili kering - potong serong
- 50gm cili banggala hijau - potong serong
- 50gm cili banggala merah - potong serong
- 100gm cendawan butang - potong nipis
- 1/2 tsp lada hitam
- 5 keping beef bacon/10 kepinh beef pepperoni - potong halus
- 6 ke 7 biji tomato cherry - potong dua
- 2-3 titis sos ikan (optional)
.
CARA-CARA :
- Spagetti di rebus bersama sedikit minyak lebih kurang 10 minit atau sehingga lembut. Kemudian toskan dan lalukan spagetti di bawah air untuk menghentikan pengaliran wap.
- Panaskan olive oil, kemudian masukkan bawang putih, masak hingga bawang putih sedikit garing, kemudian masukkan beef bacon/beef pepperoni.
- Kemudian masukkan udang, kacau dalam 2 ke 3 saat atau udang dah bertukar warna, masukkan cendawan butang dan kuib ayam, kuib daging serta serbuk secukup rasa.
- Masukkan spagetti, cili kering, cili banggala dan kacau sebati. Jika rasa agak kering boleh masukkan air. Jika rasa dah ok boleh skip air.
- Masukkan tomato ceri dan gaul sebati. Jika rasa kurang masin boleh titiskan sos ikan sehingga dapat rasa yang di kehendaki.
- Jika rasa dah ok boleh skip sos ikan tu.
BAHAN HIASAN
Boleh di tabur parmesen cheese di atas spageti tersebut semasa di hidangkan.
Boleh di tabur parmesen cheese di atas spageti tersebut semasa di hidangkan.
No comments:
Post a Comment