Bahan - bahan
(sukatan bahan agak-agak je, boleh ubah ikut selera masing-masing)
- 1 paket Macaroni
- 1 tin buah-buahan cocktail (ditoskan, guna buah je)
- 1 bekas nata de coco (toskan, guna nata de coco je)
- 1/2 tin susu sejat
- sedikit susu pekat manis ( tak nak letak pun takpe)
- 5 keping slice cheese- dicarik-carik
- 5 tbsp mayonaise
- Kismis
- Boleh jugak tambah buah anggur atau buah2 lain.
- kalau tambah buah strawberry mgkin sedap jugak kot. Lain kali boleh cuba.
Cara-cara
- Rebus macaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam. Biarkan masak dan toskan.
- Gaulkan macaroni dengan semua bahan-bahan lain. Gaul rata.
- Simpan dalam peti ais. Lebih sedap dimakan sejuk.
Tips sebelum hidangkan kepada tetamu : pastikan tin susu cair juga telah disimpan ke dalam peti sejuk. Jadi tuangkan susu cair sebelum dihidang.Hidang dalam keadaan sejuk.
Kenapa ya ?
Jika susu cair dituang lebih awal, salad akan jadi kering kerana susu cair dah habis diserap.
Nilah dia hasilnya..Jadilah ice-cream fruit cocktail.
Nilah dia hasilnya..Jadilah ice-cream fruit cocktail.
No comments:
Post a Comment