Wednesday, 18 July 2018

ROTI JOHN

PART 1
(INTI ROTI JOHN)


Bahan-bahannya :

1/2 cawan minyak
1 biji bawang besar - cincang halus
4 biji bawang merah - kisar halus
3 biji bawang putih - kisar halus
1/4 inci halia - kisar halus
2 inci carrot - cincang halus
2 inci celery - cincang halus
2 inci leek - cincang halus
1/2 biji tomato - cincang halus
30gm cili kisar
1 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari daging Babas
350gm daging / ayam kisar
50gm air
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu kecil chicken / beef stock Knorr
1 sudu kecil serbuk pasti sedap Knorr
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besarn & bahan kisar. Kacau sebentar.
2. Masukkan carrot, leek & celery. Kacau lagi sehingga agak garing.
3. Masukkan tomato cincang, cili kisar, rempah beriani & rempah kari. Kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging / ayam kisar. Kacau lagi sehingga kecut selama 5 minit.
5. Masukkan air, garam, gula, chicken / beef stock & serbuk pasti sedap. Masak sehingga agak kering dalam 15 minit.

PART 2
( ROTI JOHN DONE)

Bahan-bahannya :
17 biji telur
17 sudu besar pes roti john
17 sudu besar susu full cream Dutch Lady
Timun jepun
Salad lettuce
Kobis purple
Carrot
Capsicum
Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan & kacau sebati guna whisk.
2. Panaskan minyak atas non stick pan, curahkan sesenduk adunan. Biarkan agak kering sedikit.
3. Tekapkan roti di atasnya & tekan sedikit agar ia melekat dengan campuran telur tadi.
4. Masak selama 2 minit sambil dipusing-pusingkan. Angkat.
5. Paipkan sos cili, susunkan timun & salad campur.
6. Paipkan sos roti john, sos black pepper & tutupkan dengan roti.

PART 3
(SOS ROTI JOHN)

Bahan-bahannya :
100gm mayonis Lady's Choice
100gm sos coleslaw Lady's Choice
150gm sos cili thai Kimball
50gm air suam
Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan & kacau sebati guna whisk.
2. Sejukkan dalam peti ais.

PART 4
(SOS BLACK PAPPER)

Bahan-bahan Roux :
30gm butter
30gm tepung gandum
Bahan-bahan lain :
50gm butter
2 biji bawang putih - kisar halus
2 biji bawang merah - kisar halus
1/4 biji bawang holland - kisar halus
1 inci carrot - cincang halus
1 inci celery - cincang halus
1 inci leek - cincang halus
50gm Demi-Glace Brown Sauce Mix Knorr
2 sudu kecil lada hitam - kisar kasar
700gm air
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
25gm whipping cream Anchor
Cara-cara buat Roux :
1. Panaskan butter & masukkan teopung. Kacau sebati hingga agak perang.
Cara-cara utk Sos Black Pepper :
1. Panaskan butter & tumiskan bahan kisar & bahan cincang halus hingga garing.
2. Masukkan brown sauce mix & serbuk lada hitam. Kacau perlahan selama 5 minit.
3. Masukkan air, gula, garam & roux. Dididhkan perlahan sambil dikacau.
4. Masukkan whipping cream. Kacau kejap & tutup api.

BISKUT CORN FLAKES RANGUP

Bahan:

  • 250 gram mentega
  • 180 gram gula kaster
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 180 gram Nestle Cornflakes, ramas kasar
  • 50 gram badam cincang

Bahan Ayak:

  • 210 gram tepung jagung
  • 150 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara Membuatnya:

  1. Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen. Kacau sebati.
  2. Masukkan cornflakes, badam serta bahan ayak. Kaup balikkan.
  3. Ambik sesudu adunan, bulatkan dan atas dulang pembakar yang telah dilenser mentega.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 25 minit sehingga berwarna keemasan.

MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan:

250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti

  • 500 g daging cincang (daging fresh bukan yang beli kat pasaraya tu) tapi kalau malas boleh le – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
  • 30 gm mentega
  • 2 biji bawang besar } dicincang
  • 1 ulas bawang putih } dicincang halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar rempah kari daging – kalau nak pedas lebihkan rempah
  • ½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
  • 2 biji tomato buang biji, potong dadu
  • Sedikit daun saderi – potong halus
  • 2 biji capsicum merah /hijau – potong dadu
  • 2 putih telur (saiz A)
  • 500 ml sos putih – ada kat belakang cara nak buatnya
  • 125 g keju cheddar } diparut

Cara-cara

  1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
  2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
  3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
  4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
  5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
Cara : Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.
Bakar didlm oven pd suhu 180’C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

Sos Putih

  • 30 g mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 2 kuning telur
  • 125 g keju cheddar } diparut
  • garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat sos putih

  1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
  3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan

Salad Makaroni

Bahan - bahan

(sukatan bahan agak-agak je, boleh ubah ikut selera masing-masing)
  • 1 paket Macaroni
  • 1 tin buah-buahan cocktail (ditoskan, guna buah je)
  • 1 bekas nata de coco (toskan, guna nata de coco je)
  • 1/2 tin susu sejat
  • sedikit susu pekat manis ( tak nak letak pun takpe)
  • 5 keping slice cheese- dicarik-carik
  • 5 tbsp mayonaise
  • Kismis
  • Boleh jugak tambah buah anggur atau buah2 lain.
  • kalau tambah buah strawberry mgkin sedap jugak kot. Lain kali boleh cuba.

Cara-cara

  1. Rebus macaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam. Biarkan masak dan toskan.
  2. Gaulkan macaroni dengan semua bahan-bahan lain. Gaul rata.
  3. Simpan dalam peti ais. Lebih sedap dimakan sejuk.
Tips sebelum hidangkan kepada tetamu : pastikan tin susu cair juga telah disimpan ke dalam peti sejuk. Jadi tuangkan susu cair sebelum dihidang.Hidang dalam keadaan sejuk.
Kenapa ya ?
Jika susu cair dituang lebih awal, salad akan jadi kering kerana susu cair dah habis diserap.
Nilah dia hasilnya..Jadilah ice-cream fruit cocktail.

SPAGHETTI BOLOGNESE

BAHAN-BAHAN :

500g Spaghetti
250g Daging Kisar
5 tbsp Olive Oil/Minyak Masak
2 biji Bawang Putih - cincang
1 biji Bawang Holland - cincang
1 kiub Daging - Knorr
1 tbsp Serbuk Lada Hitam
1 tsp Oregano
1 botol Sos Bolognese - 350g
1/2 tin Cendawan Butang - potong nipis
1 batang Carrot - potong dadu
1 biji Tomato - potong dadu
1/2 cawan air
1 tsp Garam
12g Gula

CARA-CARA :
📌 Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang holland sehingga naik bau. Masukkan daging cincang dan masak sshingga kering air
📌 Masukkan sos spaghetti, carrot, tomato & cendawan butang diikuti air. Kacau sebati
📌 Masukkan kiub daging, oregano, serbuk lada hitam, garam & gula
📌 Kacau hingga mendidih dan biarkan kuah hingga pekat

SPAGHETTI AGLIO E OLIO

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm spaghetti
  • 10 ekor udang - buang kulit
  • 50g air
  • 1tsp serbuk cukup rasa
  • 2 kiub ayam ( apa brand boleh)
  • 1 kuib daging lembu (apa brand boleh)
  • 5 tbsp minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih - Cincang 
  • 5 biji cili kering - potong serong 
  • 50gm cili banggala hijau - potong serong
  • 50gm cili banggala merah - potong serong
  • 100gm cendawan butang - potong nipis 
  • 1/2 tsp lada hitam
  • 5 keping beef bacon/10 kepinh beef pepperoni - potong halus
  • 6 ke 7 biji tomato cherry - potong dua
  • 2-3 titis sos ikan (optional)


.
CARA-CARA :
  1. Spagetti di rebus bersama sedikit minyak lebih kurang 10 minit atau sehingga lembut. Kemudian toskan dan lalukan spagetti di bawah air untuk menghentikan pengaliran wap.
  2. Panaskan olive oil, kemudian masukkan bawang putih, masak hingga bawang putih sedikit garing, kemudian masukkan beef bacon/beef pepperoni.
  3. Kemudian masukkan udang, kacau dalam 2 ke 3 saat atau udang dah bertukar warna, masukkan cendawan butang dan kuib ayam, kuib daging serta serbuk secukup rasa.
  4. Masukkan spagetti, cili kering, cili banggala dan kacau sebati. Jika rasa agak kering boleh masukkan air. Jika rasa dah ok boleh skip air.
  5. Masukkan tomato ceri dan gaul sebati. Jika rasa kurang masin boleh titiskan sos ikan sehingga dapat rasa yang di kehendaki.
  6. Jika rasa dah ok boleh skip sos ikan tu.


BAHAN HIASAN

Boleh di tabur parmesen cheese di atas spageti tersebut semasa di hidangkan.

CREAMY & CHEESE FETTUCINI/ SPAGETTI

BAHAN-BAHAN :
  • 500gm Fettuccini @ Spaghetti @ Angle Hair 
  • 250ml Cooking Cream - (Guna 1 kotak sahaja, abaikan gambar 2 kotak di dalam gambar tersebut)
  • 1 Kotak Susu Full Cream - (1 liter )
  • 1 Tin Sos Herbs & Cheese
  • 10gm serbuk Secukup Rasa
  • 1 tsp Oregano
  • 35gm Tepung Jagung
  • 100gm Beef Bacon / Beef Pepperoni/ Isi Ayam/ udang/ sotong goreng & ketepikan 
  • 50gm Butter
  • 50gm Bawang Holland - di potong dadu
  • 2gm garam
  • 2 kiub Pati Ayam
  • 1/2tsp Lada Hitam
  • 20gm cili banggala - hijau/merah 
  • 1gm garam (optional) jika dirasakan sos tidak masin


UNTUK HOMEMADE SOS HERBS & CHEESE
  • 5 Keping Cheddar Cheese
  • 20g Cream Cheese
  • 1/2 tsp Oregano
  • 1/2 tsp Lada Hitam
  • 250ml Susu Full Cream
*Campurkan semua bahan dan kacau sehingga pekat dengan api perlahan.*
.
.
CARA-CARA :
  1. Rebus spagetti/fettucini/angle hair lebih kurang 10 minit/ sehingga lembut dengan sedikit minyak. Angkat dan lalukan di bawah air sejuk untuk menghentikan pengaliran wap panas.
  2. Cairkan butter. Masukkan bawang Holland diikuti dengan Tepung Jagung
  3. Masukkan Susu Full Cream dan Cooking Cream. Seterusnya masukkan Sos Herbs & Cheese dan kacau hingga mendidih
  4. Masukkan Kiub Ayam, Sebuk Cukup Rasa, Lada Hitam & Oregano
  5. Masukkan Beef Bacon dan kacau sebati
  6. Tambah garam (jika perlu)

SPAGHETTI SEAFOOD MARINARA

BAHAN-BAHAN :
  • 6 ekor Sotong - potong bulat
  • 20 ekor Udang 
  • 4 biji Bawang Putih - cincang/dadu 
  • 2 biji Bawang Holland - cincang/dadu
  • 2 biji Tomato - potong dadu
  • 680g Sos Pasta - Brand Prego Tomato Basil @ Marinara
  • 1 kiub Pati Daging - larutkan dlm 200ml air panas 
  • 1 tsp Serbuk Lada Hitam
  • 1 tsp Sebuk Lada Putih 
  • 2 tsp Mixed Herbs/Oregano
  • 6 tbsp Olive Oil 
  • 1 tbsp Gula
  • 3 tsp Secukup Rasa 
  • 1 packet Spaghetti (500grm) - rebus separuh masak (15mnit)


CARA-CARA :
  1. Rebus spaghetti & isikan sedikit minyak utk elakkan spaghetti melekat. Rebus lebih kurang 15 minit (separuh masak) dan tos
  2. Rebus udang & sotong di dalam air rebusan spaghetti
  3. Panaskan kuali. Masukkan Olive Oil. Kemudian masukkan bawang putih & bawang Holland. Masak sehingga layu. Seterusnya masukkab sos pasta & tomato yang telah didadukan
  4. Masukkan air stok daging, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan juga gula
  5. Masak sehingga kuah agak pekat kemudian masukkan Spaghetti, udang dan sotong yg direbus tadi. Kacau rata.

BAHAN HIASAN

Parmesan Cheese

SPAGHETTI TUNA OLIO


Bahan-Bahan:
  • 8 sudu besar minyak zaitun/ olive oil
  • 7 ulas Bawang putih - didadu
  • 150gm Bawang Holand - didadu
  • 1 tin cendawan butang - Hiris nipis
  • 1 sudu kecil parsley @ Oregano
  • 10gm Serbuk secukup rasa brand maggie/knor
  • 2 Tin Tuna Pedas/bermayonis
  • 500gm spagety - rebus dalam 20 minit
  • 80 grm Saderi - Potong dadu
  • 1 tsp Lada Hitam.
  • 1 tsp Cili Flakes.
  • 20 grm Cili Banggala Merah - Potong dadu
  • 30gm Air

Cara-cara:
  1. Panaskan Minyak zaitun dan masukkan Bawang Putih dan Bawang Holand. Goreng Hingga bawang agak layu.
  2. Kemudian masukkan tuna pedas, cendawan dan air goreng hingga sebati lebih kurang 3 minit
  3. Kemudian masukkan serbuk secukup rasa, lada hitam, cili flakes kacau sebati.
  4. Masukkan Spaghetti, capsicum dan saderi, kacau sebati.

**Jika spaghetti terlalu kering, boleh masukkan air sedikit.


HOMEMADE MEATBALL

BAHAN-BAHAN :

  • 500g Daging Kisar
  • 2 sudu besar Breadcrumb
  • 2 sudu besar Tepung Jagung
  • 1/2 biji Bawang Holland - cincang halus
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 2 sudu besar susu Full Cream
  • 1 biji telur
  • Sedikit Olive Oil ( di sapu di tapak tangan ketika hendak bulatkan bebola daging tersebut)
CARA-CARA :

  1. Campurkan daging, serbuk lada putih, garam dan breadcrumbs. Gaul sebati
  2. Masukkan tepung jagung dan telur. Gaul sebati dan diikuti dengan bawang holland. Gaul hingga semua bahan sebati.
  3. Masukkan susu Full Cream - gaul lagi sehingga adunan sebati
  4. Perap paling kurang 2 jam dan selepas itu boleh dibulatkan menjadi bebola

**adunan akan dapat lebih kurang 50 ke 60 pcs meatball bergantung pada tahap besar kecik bebola meatball tersebut.

Sunday, 15 July 2018

SINGGANG IKAN TENGGIRI VERSI KELANTAN

Bahan-Bahan:

  • 3 potong ikan tenggiri
  • 2 inci lengkuas, potong dan ketuk
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 5-6 biji cili padi
  • 4 batang sayur bendi
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa (jika suka)

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ikan dan toskan.
  2. Rebus air dalam anggaran 3 cawan dan masukkan lengkuas, bawang merah, bawang putih sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan tenggiri, asam gelugor, cili padi dan diikuti sayur bendi di akhir sekali. Rebus sehingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Sedap jika dihidangkan bersama nasi panas dan budu.

ASAM PEDAS REBUS IKAN TENGGIRI VERSI KELANTAN

Bahan-Bahan:

  • Bahan Untuk Asam Pedas:
    • 4 keping hirisan ikan tenggiri
    • secekak daun kesum 
    • 5 - 7 keping ASAM keping
    • 2 kuntum bunga kantan, dibelah 4
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 2 sudu besar cili kisar
    • 4 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 cm halia

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan  air, ikan dan asam keping serta bahan kisar tadi.  **Jangan terlalu banyak masukkan air nanti kuah cair.
  2. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

BEGEDIL DAGING UNTUK SOTO

Bahan-Bahan:

  • 500 gram ubi kentang
  • 150 gram daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 2 biji cili merah, dihiris halus
  • 2-3 tangkai daun sup, dihiris hallus
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Kupas kulit ubi kentang, potong dadu dan goreng sehingga empuk. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang didadu, kemudian masukan daging kisar dan masak seketika.
  3. Di dalam mangkuk, hancurkan ubi kentang menggunakan "masher" dan kemudian gaulkan dengan cili merah, daging kisar, daun sup, lada sulah, bawang goreng dan garam secukup rasa.
  4. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.
  5. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak

Tips:

  • Masa menggoreng, jangan alih begedil sehingga bahagian bawah betul-betul masak supaya begedil tidak menjadi hancur semasa menggoreng.

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan Penyediaan paste :

▪️60gm minyak
▪️60gm bawang merah besar (potong dadu)
▪️20gm bawang putih ( potong halus)
▪️15gm cili padi ( potong halus)
▪️30gm sos tiram LEE KUM KEE
▪️30gm air
▪️2gm garam
▪️15gm belacan (cincang halus) OPTIONAL
▪️5gm gula
▪️1 kiub pati ikan bilis KNORR
▪️5gm serbuk pasti sedap KNORR
▪️80gm ikan bilis ( di goreng dan kisar halus, tetapi jangan terlalu halus)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat, kemudian kisar ikan bilis tersebut dan ketepikan.
2. Panaskan minyak lebihan goreng ikan bilis tadi, masukkan bawang merah dan bawang putih goreng sehingga naik bau, kemudian masukkan cili padi dan belacan. Goreng hingga sebati dan biarkan pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, air, garam,gula dan serbuk pasti sedap dan kiub pati ikan bilis, kacau sehingga sebati lebih kurang 3 ke 4 minit.
4. Masukkan ikan bilis dan kacau lebih kurang 4 minit.
5. Angkat dan boleh simpan di dalam bekas.
Nota kaki
- Paste ini boleh tahan sehingga 3 bulan di dalam freezer dan 1 bulan di dalam chiller.
- Paste ini boleh di gunakan untuk 5 hidangan (orang)

BAHAN NASI GORENG - Untuk 1 hidangan (orang)
▪️40gm minyak
▪️3gm cili padi (potong halus)
▪️1 biji telur ( gred A/B)
▪️Kangkung ( Ikut suka banyak mana)
▪️200gm nasi putih
▪️50gm PASTE NASI GORENG
CARA-CARA
1. Panaskan minyak, masukkan cili padi dan telur kacau sehingga telur hancur.
2. Masukkan PASTE nasi goreng, kacau sebati. Kemudian masukkan kangkung, goreng sehingga kangkung agak layu.
3. Kemudian masukkan nasi. Goreng hingga semua sebati.
4. Angkat dan boleh la di hias mengikut citarasa sendiri.

RESEPI SOTO AYAM SPECIAL

Bahan-Bahan:

  • Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
    • 3 biji bunga lawang
    • 2 batang kayu manis
    • 4 kuntum cengkih
    • 6 biji buah pelaga
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 1 sudu besar jintan putih
    • 1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah
  • Bahan untuk dikisar halus:
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 3 batang serai
    • 1 inci halia
    • 1 ketul kunyit hidup
  • Bahan untuk kuah :
    • 1/2 senduk minyak masak
    • 1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
    • 1 mangkuk santan pekat
    • 1 jug air
  • Bahan untuk dihidangkan soto ayam
    • 3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
    • 500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
    • bawang goreng
    • suhun, goreng hingga garing
    • isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
    • daun sup, hiris kecil
    • daun bawang, hiris kecil
    • cili merah, hiris nipis
    • kacang tanah, goreng dalam minyak
    • begedil
  • Bahan untuk kuah kicap bercili
    • 1 mangkuk kecil kicap manis
    • 10-15 biji cili padi
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 biji limau kasturi

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
  5. Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya. Soto harus dimakan bersama cili kicap.
  6. Cara untuk cili kicap:
    1. Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
    2. Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
    3. Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.

RENDANG ASLI

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Bersihkan ayam dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
    4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Tips:

  • Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
  • Untuk gula pula, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat sedap.

BEGEDIL AYAM MABELES

Bahan-Bahan:

  • 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
  • 150 gram daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar, didadu kecil
  • 1 pokok daun sup, hiris halus
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk masak ayam:
    1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.
    2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam.
  2. Cara untuk masak begedil:
    1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
    2. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.
    3. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
    4. Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.
    5. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

NASI AYAM TURUN TEMURUN

Bahan-Bahan:

  • Bahan untuk ayam (direbus) :
    • 1 ekor ayam dipotong 8 (1.5kg seekor)
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • 2 cm halia, ditumbuk halus
    • 1 kiub ayam knorr
  • Bahan untuk ayam (diperap) :
    • 1 sudu besar kicap pekat kipas udang
    • 1 sudu besar sos tiram lee kum kee
    • 1 cm halia, ditumbuk halus
    • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    • 1 sudu besar kicap cair (optional)
    • Sedikit madu untuk sapuan (optional)
  • Bahan untuk nasi:
    • 3 cawan beras
    • 4 cawan air rebusan ayam
    • 2 sudu besar butter
    • 1 cm halia ditumbuk halus
    • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
    • Sedikit garam
    • 2 bunga lawang*
    • 4 buah pelaga*
    • 1 kayu manis*
    • 1 batang serai ketuk
    • 2 helai daun pandan
    • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
  • Bahan untuk sos:
    • 5 biji cili merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cm halia
    • 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu teh garam
    • 1 sudu teh gula
    • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Bahan untuk sup:
    • Air rebusan ayam
    • 1 biji bawang besar, dikisar
    • Rempah sup bunjut
    • Garam
    • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
  • Bahan untuk kuah kicap:
    • Kuah kicap perapan ayam di atas
    • Kicap manis cap kipas udang
    • Sedikit garam
    • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk ayam:
    1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
    2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
    3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
    4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
  2. Cara untuk memasak nasi:
    1. Basuh beras dan tos air.
    2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
  3. Cara untuk memasak sup:
    1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
  4. Cara untuk memasak sos:
    1. Kisarkan semua bahan di atas.
    2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
  5. Cara untuk memasak kuah kicap:
    1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

  • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
  • ayam bersaiz kecil atau sederhana lebih susuai kerana lebih garing dan kurang berlemak. Ayam yang diperap bolehlah digoreng sebaik sahaja tetamu sampai kerumah kerana ianya lebih sedap dihidangkan panas-panas dan masih garing