🍡 Resepi sate
---------------------------------
4kg ayam/daging
4 sudu besar cuka
1277g bawang bsar
130g bawang putih*
13 batang serai*
60g cili kering*
20g halia*
50g kunyit hidup*
100g madu
12g jintan manis*
12g jintan putih*
70g garam
1kg gula
6g biji ketumbar*
10 biji buah keras ditumbuk
(timun dan bawang dipotong potong jika suka)
🍢Cara:
🍖Blend semua bahan bertanda *.
🍖masukkan gula,madu,garam dan buah keras yg ditumbuk.gaul sebati
🍖 ayam dan daging perlu dipotong dalam seinci/seinci setengah.
🍖tuang bahan yg digaul tadi dalam ayam atau daging.perap semalaman.
🍖cucuk ayam atau daging pada lidi sate.
🍖terus bakar guna api dari arang.sesekali renjiskan minyak serai pada ayam/daging supaya isi lebih moist.
----------------------------------------------
🔴TIPS/Nota
- untuk adunan ini dapat dalam 210 cucuk ayam/daging
-sebelum ayam/daging dicucuk pada lidi sate,lidi perlu direndam air dalam setengah jam bagi mengelakkan lidi mudah terbakar dan mengelakkan lidi dari patah
-isi daging ayam/daging perlu diperap supaya lebih lembut
-sate ayam/daging ini boleh difrozen,dibakar dan digoreng
-fungsi buah keras untuk melemakkan lagi rasa pada sate
-jangan terlampau kerap renjis minyak serai kerana akan membuatkan api mudah naik dan menyebabkan sate hangit
-harga jualan untuk setengah inci daging yg dipotong rm0.80 sen.tapi jika dipotong dalam 1 1/2 atau 2 inci harga boleh diup hingga rm1.50
---------------------------------------------
🍡Minyak serai
280g minyak sapi
6g serbuk kunyit
30g golden syrup
500g minyak masa
🍢cara:
🍖campurkan semua bahan dan masak atas dapur hingga cair
🍖ketuk hujung serai dan masukkan dalam minyak serai tadi
🍖boleh la digunakan untuk merenjis sate supaya lebih sedap dan moist
(baki minyak serai boleh wrap dan simpan peti.jika ingin guna cukup sekadar panaskan hingga semua cair.
kalau nak guna minyak dan serai yg diketuk saha tiada masalah..boleh guna)
🍵 kuah kcang sgera
1kg kacang yg dibakar/disangai dan dibuang kulitnya.(blend separa hancur)
130g ikan bilis,(goreng
100g udang kering(goreng
30g bawang goreng
15 tangkai cili kring(goreng
500g gula(terpulang nak masuk siap2 atau letak time nak bancuh,nak best letak siap2)
🍵cara
-caranya goreng dulu cili kering,ikan bilis dan udang kering.
-biar semua ditapis dan sejuk
-campur semua bahan dan blend kering
-tuang dalam bekas.siap.boleh packing
--------------------------------------------
🍵membancuh kuah kacang segera
20g asam jawa(sedikit air untuk dicampur dengan asam jawa)
garam(jika perlu.saya tak letak)
900g air panas.
🍵Cara:
-masukkan semua bahan dalam bahan blend tadi dan kacau sebati.boleh terus makan
-kalau nak lebih pekat dan panas2 masak sekejap atas dapur sambil kacau hingga sedikit pekat.siap
⏺kuah kacang kalau dah sejuk memang akan pekat.nak makan tambah air panas dan kacau supaya cair semula.nak best lagi masak semula dalam periuk.sekadar panaskan je
No comments:
Post a Comment