Monday, 8 June 2020

Kek Butter special pkp 2020

Bahan A
4 biji Telur B
125g Gula Kastor
1/2 sb Ovalatte

Bahan B
190g Tepung Naik Sendiri

Bahan C
220g Pure Butter 
2 sb Susu Pekat
1 sk esen vanila

Cara Penyediaan : 
Step Pertama : 
Pukul telur, gula & ovalet sehingga betul-betul kembang & pekat ( guna mixer kelajuan sederhana mula2 dan beberapa saat lepas tu naikkan ke speed paling tinggi mengikut brand mixer digunakan ye..

Step kedua : 
Masukkan tepung yg diayak sikit2 dengan Cara guna sudu atau senduk kecil.. masukkan tepung itu ke dalam bowl mixer tadi sehingga semua bahan bercampur..guna senduk kayu sahaja.. jangan 'over beat' nanti kek jadi berat dan padat... jangan guna mixer semasa proses combine tepung. Ini antara kesilapan newbie buat..

Step ketiga : 
Sebab nak guna bowl mixer tu smula..tuang adunan tadi ke dalam mangkuk lain .. basuh la bowl mixer tu.. kita nak ke step seterusnya..

Step keempat : 
Masukkan mentega + susu pekat + vanilla paste ke dalam bowl mixer dan pukul sehingga kembang. ( Warna butter ni akan jadi 'pucat putih' ya.. dah tak jadi kuning dah.. ) Anggaran 1-2 minit sahaja.. jangan over terlebih masa pulak bila asyik sangat buat kek ni..

Step kelima :
Satukan kedua2 adunan sehingga sebati... gaul balik sahaja guna senduk kayu je la.. jangan sesekali p guna mixer konon nak cepat.. nanti kek padat & tak gebu..

Step keenam :
Lapik loyang guna parchment paper untuk elak kek melekat bila bakar nanti.. sis sapu dulu loyang saiz 8' tu dengan butter.. then letak kertas tu.. sapu lagi atas permukaan untuk elak kek melekat.. base antara loyang dengan kertas tu sis sapu butter jugak nanti senang nak telangkup kek..

Step ketujuh :
Preheat kan oven uols..suhu 200° selama 8 minit..

Step kelapan : 
Masukkan loyang ke dalam oven.. bakar dengan suhu 180° selama 10 minit yang pertama dan turunkan ke suhu 160° untuk 40 minit balance masa.. atau sehingga masak ya..( total bakar kek ni 50 minit ) kalau 50 minit nampak kek dah masak elok.. boleh stop bakar.. sbb ada jenis oven 45 - 50 minit dah cantek elok moist.. Pastikan loyang tu 'TIDAK' berada dekat dengan paras atas oven.. nanti permukaan kek cepat hangus n gelap sangat..

Step kesembilan :
Keluarkan dari loyang.. dan letak atas redai untuk sesi kek tu berehat.. nanti kek dah sejuk sikit..room temperature.. boleh la potong..

No comments:

Post a Comment