Monday, 8 June 2020

Kek Minyak pkp 2020

RESEPI KEK MINYAK
 
BAHAN :

Telor 5 bj .
Ovalete 20 gm .
Gula kastor 1/2 cwn .
Susu pekat 3/4 cwn .
Esen vanilla 1 tbsp . 
Minyak masak 1 cwn .
Tepung naik sendiri 2 cwn .

CARA : 

1. Pukul gula + telor + ovalete + esen vanilla hingga kembang dan gebu kemudian masukan susu pekat putar rata, masukan minyak putar rata dan matikan mixer. 

2. Masukan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau kaedah kaub balik dgn senduk atau spatula sehingga rata.

3. Tuang kedalam loyang bersaiz 9/10 inci yg dialas kertas dan bakar pada suhu 150-160 selama 35minit atau sehingga masak .

📌 Susu pekat tu sy kurangkan ke 3/4cwn jika ikut resepi asal guna 1cwn tp rasa agak manis..ejas la ikut tekak masing² ye 😊. 

📌 Jika nk bt corak marble blh masukan warna dan perisa kegemaran. 

📌 Masa masukan susu dan minyak jgn pukul terlalu lama ye..putar sekadar sebati sahaja.

📌 Jika nak guna tpg gandum atau superfine tambahkan baking powder 1 tbsp dan ayak.

No comments:

Post a Comment