Thursday, 3 December 2020

Topping kek keladi asli resepi 1990-an

Topping Keladi

800g Isi keladi kisar (rujuk pd step rebus keladi dibawah) 
400g Susu pekat f&n
50g tepung hoen kwe (putih) 
200g air biasa / santan
1 sk pewarna ungu
1/4 tsp Garam
30g Butter
1 tsp vanilla

Cara caranya

1. Masukkan keladi ke dalam periuk, kacau hingga licin
2. Masukkan susu pekat, kacau lagi hingga hampir mendidih
3. Masukkan bancuhan tepung hoen kwe dan air/santan, tapis - kacau cepat cepat hingga pekat
4. Perlahankan api, masukkan pewarna unggu sesuka hati + garam
5. Masukkan butter,  terus kacau lagi hingga pekat dan mendidih serta berkilat
6. Angkat dan masukkan vanilla
7. Sejukkan sedikit dan boleh mula sapu pada kek
 *melapis
   -1 layer anggaran 2 senduk paste keladi
   - set 1 minit sebelum melapis lapisan lain

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Cara Rebus Keladi

Guna keladi siam/thai

Step 1
Kupas keladi
Potong kecil-kecil - basuh
Rebus + Daun pandan (bg wangi) 

1kg keladi (siap kupas kulit)  = 1.5liter air = 1 sk garam

Apabila masak,  sejukkan, blend
Kalau air kering tambah air (1kg keladi = 1kg air) 
Blend sampai licin (siap) 

Cara packing keladi blend

Bungkus 800g (satu adunan) 
Bekukan - ketahanan 1 hingga 2 tahun

Cara guna keladi beku

Defrost terlebih dahulu
Masak sekejap atas api untuk bagi licin
Biarkan suhu bilik baru boleh guna (rujuk cara buat topping keladi) 


Monday, 8 June 2020

Satay Nusantara bersama Kuah Kacang Istimewa

๐Ÿก Resepi sate 
---------------------------------
4kg ayam/daging
4 sudu besar cuka
1277g bawang bsar
130g bawang putih*
13 batang serai*
60g cili kering*
20g halia*
50g kunyit hidup*
100g madu
12g jintan manis*
12g jintan putih*
70g garam
1kg gula
6g biji ketumbar*
10 biji buah keras ditumbuk
(timun dan bawang dipotong potong jika suka)

๐ŸขCara:
๐Ÿ–Blend semua bahan bertanda *.
๐Ÿ–masukkan gula,madu,garam dan buah keras yg ditumbuk.gaul sebati
๐Ÿ– ayam dan daging perlu dipotong dalam seinci/seinci setengah.
๐Ÿ–tuang bahan yg digaul tadi dalam ayam atau daging.perap semalaman.
๐Ÿ–cucuk ayam atau daging pada lidi sate.
๐Ÿ–terus bakar guna api dari arang.sesekali renjiskan minyak serai pada ayam/daging supaya isi lebih moist.
----------------------------------------------
๐Ÿ”ดTIPS/Nota

- untuk adunan ini dapat dalam 210 cucuk ayam/daging
-sebelum ayam/daging dicucuk pada lidi sate,lidi perlu direndam air dalam setengah jam bagi mengelakkan lidi mudah terbakar dan mengelakkan lidi dari patah
-isi daging ayam/daging perlu diperap supaya lebih lembut
-sate ayam/daging ini boleh difrozen,dibakar dan digoreng
-fungsi buah keras untuk melemakkan lagi rasa pada sate
-jangan terlampau kerap renjis minyak serai kerana akan membuatkan api mudah naik dan menyebabkan sate hangit
-harga jualan untuk setengah inci daging yg dipotong rm0.80 sen.tapi jika dipotong dalam 1 1/2 atau 2 inci harga boleh diup hingga rm1.50
---------------------------------------------
 ๐ŸกMinyak serai

280g minyak sapi
6g serbuk kunyit
30g golden syrup
500g minyak masa

๐Ÿขcara:
๐Ÿ–campurkan semua bahan dan masak atas dapur hingga cair
๐Ÿ–ketuk hujung serai dan masukkan dalam minyak serai tadi
๐Ÿ–boleh la digunakan untuk merenjis sate supaya lebih sedap dan moist
(baki minyak serai boleh wrap dan simpan peti.jika ingin guna cukup sekadar panaskan hingga semua cair.

kalau nak guna minyak dan serai yg diketuk saha tiada masalah..boleh guna)

๐Ÿต kuah kcang sgera

1kg kacang yg dibakar/disangai  dan dibuang kulitnya.(blend separa hancur)
130g ikan bilis,(goreng
100g udang kering(goreng
30g bawang goreng
15 tangkai cili kring(goreng
500g gula(terpulang nak masuk siap2 atau letak time nak bancuh,nak best letak siap2)

๐Ÿตcara

-caranya goreng dulu cili kering,ikan bilis dan udang kering.
-biar semua ditapis dan sejuk
-campur semua bahan dan blend kering
-tuang dalam bekas.siap.boleh packing
--------------------------------------------

๐Ÿตmembancuh kuah kacang segera

 20g asam jawa(sedikit air untuk dicampur dengan asam jawa)
garam(jika perlu.saya tak letak)
900g air panas.

๐ŸตCara:
-masukkan semua bahan dalam bahan blend tadi dan kacau sebati.boleh terus makan
-kalau nak lebih pekat dan panas2 masak sekejap atas dapur sambil kacau hingga sedikit pekat.siap

⏺kuah kacang kalau dah sejuk memang akan pekat.nak makan tambah air panas dan kacau supaya cair semula.nak best lagi masak semula dalam periuk.sekadar panaskan je

Kek Planta Pelangi pkp 2020

KEK PLANTA PELANGI 

๐ŸŽ‚ BAHAN2 :

๐ŸŒธ 1 cawan planta
๐ŸŒธ 1 cawan gula halus
๐ŸŒธ 2 cawan tepung gandum
๐ŸŒธ 1 sudu makan baking powder (tak perlu letak kalau guna tpg naik sendiri) 
๐ŸŒธ 3 biji telur gred A
๐ŸŒธ 2 sudu besar susu pekat
๐ŸŒธ 1 sudu kecil esen vanila 
๐ŸŒธ pewarna 

๐ŸŽ‚ CARA2:

๐Ÿ Pukul planta & gula sehingga kembang(Sampai planta tukar warna putih)

๐Ÿ masukkan telur satu persatu (setiap 1 biji selang 2 minit) 

๐Ÿ Lepas tu masukkan esen vanila & susu pekat...mix sampai gebu...

๐Ÿ Last sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis....boleh je nak kacau pakai mixer & sudip  asalkan semua tepung sebati

๐Ÿ Bahagikan pada beberapa bahagian & masukkan warna...letakkan dalam loyang yg sudah di sapu planta & ditaburkan sedikit tepung gandum...selang seli warna sampai habis 

๐Ÿ Bakar pada suhu 160°C selama 40 MINIT @ sehingga kek masak...Pakai api atas bawah

Kek Minyak pkp 2020

RESEPI KEK MINYAK
 
BAHAN :

Telor 5 bj .
Ovalete 20 gm .
Gula kastor 1/2 cwn .
Susu pekat 3/4 cwn .
Esen vanilla 1 tbsp . 
Minyak masak 1 cwn .
Tepung naik sendiri 2 cwn .

CARA : 

1. Pukul gula + telor + ovalete + esen vanilla hingga kembang dan gebu kemudian masukan susu pekat putar rata, masukan minyak putar rata dan matikan mixer. 

2. Masukan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau kaedah kaub balik dgn senduk atau spatula sehingga rata.

3. Tuang kedalam loyang bersaiz 9/10 inci yg dialas kertas dan bakar pada suhu 150-160 selama 35minit atau sehingga masak .

๐Ÿ“Œ Susu pekat tu sy kurangkan ke 3/4cwn jika ikut resepi asal guna 1cwn tp rasa agak manis..ejas la ikut tekak masing² ye ๐Ÿ˜Š. 

๐Ÿ“Œ Jika nk bt corak marble blh masukan warna dan perisa kegemaran. 

๐Ÿ“Œ Masa masukan susu dan minyak jgn pukul terlalu lama ye..putar sekadar sebati sahaja.

๐Ÿ“Œ Jika nak guna tpg gandum atau superfine tambahkan baking powder 1 tbsp dan ayak.

KARIPAP PUSING WARISAN

PART 1

(PASTRI KARIPAP)


Bahan-bahannya :

 Bahan A
1 kg Tepung Gandum
50 g minyak masak
1 tbsp lemak sayur (shortening)
1 tsp garam
220 g air ais 
320g air biasa

Bahan B
500g Tepung Gandum
70g marjerin
80g lemak sayur (shortening)
708 minyak masak

Cara-caranya :
1. Uli Bahan A dan Bahan B secara berasingan
2. Canai Doh A dan masukkan Doh B kedalam  Doh A

PART 2

(INTI KARIPAP)

UBI KENTANG / UBI KELEDEK (OREN)

Bahan-bahannya :

1 kg Ubi Kentang / Ubi Keledek (oren) - rebus hingga lembut
50 g Rempah kari
1 tsp Serbuk cili (optional)
150g Bawang besar merah - didadu
30g Bawang Putih - dicincang halus
100g Ikan bilis / Udang geragau
2 tangkai Daun Kari
1 tsbp Garam / 30g
90 g Gula
1 tsp Ajinomoto
100 g Minyak - untuk menumis


Cara-caranya :
1.Tumis bawang putih, sedikit bawang besar dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili tumis sebentar dan masukkan sedikit air. Masukkan pula bahan perasa dan ikan bilis/udang geragau.
3. Akhir sekali masukkan baki bawang dan kentang. Masak sehingga kentang empuk.



UBI KENTANG DAN DAGING

Bahan-bahannya

1 kg Ubi Kentang / Ubi Keledek (oren) - rebus hingga lembut
40g Rempah Kari
10g Rempah Kurma
1tsp Serbuk Cili (optional)
150g Bawang Besar Merah - didadu kecil
30g Bawang Putih - dicincang halus
350g Daging - didadu kecil
2 tangkai Daun Kari
1 tsbp Garam / 30g 
90g Gula














kek marble cantik viral

Bahan bahan 

180gm gula castor 
210gm tepung superfine Bakers Choice 
50gm Ovallet @ 1 sdb sukatan membukit 
50ml susu full cream 
1 sudu teh esen vanilla 
5 Biji Telor gred A 

*150gm Mentega (dicairkan terlebih awal, sekurang2 nya 30 minit lebih awal) 

Cara cara 

Semua bahan disatukan ke dalam mangkuk adunan kecuali mentega cair. 

Adun dengan tahap kelajuan paling tinggi sehingga adunan pekat & putih. 

Campurkan mentega ke dalam adunan (pastikan mentega betul2 sejuk) & kuap kaup sehingga mentega betul betul larut dlm adunan. 

Bahagikan 3 bahagian. 

1. Adunan warna asal 
2. Adunan berwarna 
3. Adunan berwarna 
* 2 & 3 warna berlainan.

Loyang size 8 dilapik dengan baking paper. 

Tuang adunan bergilir gilir warna. Pastikan adunan tidak berwarna berada di bahagian atas. 

Simpan sedikit setiap jenis adunan untuk melorek corak marble. 

adunan yang tidak berwarna campur dengan sedikit warna hitam. 

Suhu 125 45-50 minit (singer 52liter) 
rak bawah skali 
api atas bawah 
kipas Off 

kenal oven masing2 ye..

Kek Butter special pkp 2020

Bahan A
4 biji Telur B
125g Gula Kastor
1/2 sb Ovalatte

Bahan B
190g Tepung Naik Sendiri

Bahan C
220g Pure Butter 
2 sb Susu Pekat
1 sk esen vanila

Cara Penyediaan : 
Step Pertama : 
Pukul telur, gula & ovalet sehingga betul-betul kembang & pekat ( guna mixer kelajuan sederhana mula2 dan beberapa saat lepas tu naikkan ke speed paling tinggi mengikut brand mixer digunakan ye..

Step kedua : 
Masukkan tepung yg diayak sikit2 dengan Cara guna sudu atau senduk kecil.. masukkan tepung itu ke dalam bowl mixer tadi sehingga semua bahan bercampur..guna senduk kayu sahaja.. jangan 'over beat' nanti kek jadi berat dan padat... jangan guna mixer semasa proses combine tepung. Ini antara kesilapan newbie buat..

Step ketiga : 
Sebab nak guna bowl mixer tu smula..tuang adunan tadi ke dalam mangkuk lain .. basuh la bowl mixer tu.. kita nak ke step seterusnya..

Step keempat : 
Masukkan mentega + susu pekat + vanilla paste ke dalam bowl mixer dan pukul sehingga kembang. ( Warna butter ni akan jadi 'pucat putih' ya.. dah tak jadi kuning dah.. ) Anggaran 1-2 minit sahaja.. jangan over terlebih masa pulak bila asyik sangat buat kek ni..

Step kelima :
Satukan kedua2 adunan sehingga sebati... gaul balik sahaja guna senduk kayu je la.. jangan sesekali p guna mixer konon nak cepat.. nanti kek padat & tak gebu..

Step keenam :
Lapik loyang guna parchment paper untuk elak kek melekat bila bakar nanti.. sis sapu dulu loyang saiz 8' tu dengan butter.. then letak kertas tu.. sapu lagi atas permukaan untuk elak kek melekat.. base antara loyang dengan kertas tu sis sapu butter jugak nanti senang nak telangkup kek..

Step ketujuh :
Preheat kan oven uols..suhu 200° selama 8 minit..

Step kelapan : 
Masukkan loyang ke dalam oven.. bakar dengan suhu 180° selama 10 minit yang pertama dan turunkan ke suhu 160° untuk 40 minit balance masa.. atau sehingga masak ya..( total bakar kek ni 50 minit ) kalau 50 minit nampak kek dah masak elok.. boleh stop bakar.. sbb ada jenis oven 45 - 50 minit dah cantek elok moist.. Pastikan loyang tu 'TIDAK' berada dekat dengan paras atas oven.. nanti permukaan kek cepat hangus n gelap sangat..

Step kesembilan :
Keluarkan dari loyang.. dan letak atas redai untuk sesi kek tu berehat.. nanti kek dah sejuk sikit..room temperature.. boleh la potong..

Tart Telur paling sedap

Bahan pastri

900g gandum Cap Sauh
300g tepung jagung
600g majerin pelangi
300ml air sejuk

Cara cara membuatnya

Campur tpg gandum dan tpg jagung. Gaul dgn majerin hingga jadi serbuk roti.

Masukkan air sejuk dan uli hingga jadi doh

Filling Tart telur

Bahan bahan

9 biji telur
320g gula pasir
1 tin susu cair
1200ml air
2 sudu besar esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur

Cara cara membuatnya

Campur kesemua bahan dan kacau hingga gula larut serata