Friday, 22 January 2021

Cornflakes Crunchy

🍒Cranberry Cornflake🌽 Crunch

Mudah guna Adunan 1 .
Ada sedikit peruhahan dlm ratio bahan utk bagi texturenya lebih lembut utk mudahkan cornflakes lekat.

Bahan Adunan 1
( Dapat 150pcs++)

🖍️250g butter
🖍️100g gula ising

🖍️2sk vanilla + 1sk air
🖍️50ml minyak
🖍️50 - 80g tepung jagung

🖍️250g tepung biskut
,🖍️30-50g cranberry cincang.

🌽100-150gCornflake Kellogg yg dihancurkan sedikit.

📌Option lain,
orange peel,  kismis hitam, buah kurma.

( Boleh tambah air ikut keperluan, tapi adunan ni dah sedia lembut utk piping). Kerana biskut ni tak kisah alurnya, tiada masalah overbeat , guna butter lembut suhu bilik jer.
 

✔️Boleh juga guna :
➡️Adunan 2 
Tak perlu letak milk powder + tepung kastard.

Atau .

➡️Adunan 3 
Tak perlu letak tepung jagung.

➡️Potong piping bag 1 inci utk size ni.




🌴Onde onde cornflakes

🖍Guna adunan 1 .
( Dapat 110-120pcs)

BAHAN ADUNAN BISKUT
(Medium speed)
🖍️250g butter
🖍️90g gula ising
( Dikurangkan berbanding cranberry cornflakes kerana pada salutannya nanti ada gula Melaka.)
🖍️3-4sk coconut pandan flavour + 1sk air. 
🖍️50ml minyak
🖍20g hawaiian coconut 
( dipukul sebati sekali )
🖍️50g tepung jagung

Last, low speed sahaja utk sebati.
🖍️250g tepung biskut/gandum

BAHAN SALUTAN
🖍100g Cornflake Kellogg yg dihancurkan sedikit. disaran brand ni kerana warnanya yg golden dan texturenya cantik halus
🖍20-30g Hawaiian coconut
🖍20-30g parutan gula melaka. Pilih jenis yg kering keras,bukan yg mudah cair.
( Boleh buat banyak dan simpan dlm bekas kedap udara dlm chiller)

♥️TIPS PENTING
Gunakan teknik tambah air bila adunan mula nampak kering. Cornflakes akan mudah lekat bila adunan lembut dan sedikit lembik. Tambah air sikit2 sampai mudah pipe dan Cornflake mudah lekat.

SUHU OVEN
Utk menjaga warna hijaunya cantik, perlu turunkan suhu dan tambah masa.

🖍Soner 130C 25 min
🖍Convection / industri 150C 30 minit.

💚Adunan mesti lembut waktu pipe utk mudahkan salutan melekat . Boleh tambah air ikut keperluan, tapi adunan ni dah sedia lembut utk piping. 

💚Kerana biskut ni tak kisah alurnya, tiada masalah overbeat , guna butter lembut suhu bilik jer.
 
💚Potong piping bag 1 inci utk size ni. Pipe size 20 sen, kecik jer.Biskut akan berubah size lepas baka.

💚Biskut ni sangat rangup, kalau tak rangup maknanya tak cukup bakar/masih basah/masih ada lembapan. Masuk oven balik dan bakar lagi.

Rujuk cranberry cranberry Cornflakes utk cara adun dan salut.

Anggaran costing  per adunan follow jerlah basic costing
modal bahan+ 20%x 3 = harga jual.
 

.

No comments:

Post a Comment