Wednesday, 14 August 2019

Laksa Terengganu

LAKSA TERENGGANU

.💥NOTA
1adunan kuah laksa ini untuk 1.5kg laksa beras kampung. Diperuntukkan 10@12 orang makan ( kuantiti orang bergantung juga  banyak atau sikit yang memakannya)

BAHAN A
500gm ikan selayang – ikan dibersih dahulu baru timbang

* rebus ikan dangan 20gm  garam kasar dan 10gm asam keping dengan air 500ml
* bila ikan sudah sejuk, asingkan isi ikan dangan tulang ikan
* Kisar isi ikan dengan air rebusan ikan
* tulang ikan dikisar dengan air rebusan ikan dan MESTI DITAPIS  – untuk dapat air sahaja ( sisa-sisa tulang ikan dibuang)
* Satukan isi ikan yang dikisar dengan air tulang ikan.

BAHAN B – TUMIS
150gm Cili kisar.
80gm BAWANG MERAH KECIL - DIKISAR
12gm ULAS BAWANG PUTIH - DIKISAR
5gm KUNYIT HIDUP - dikisar
12gm HALIA – DIKISAR
10gm BELACAN
130gm  minyak masak
40gm rempah laksa Terengganu/rempah gulai  nasi dagang *
24gm rempah kari ikan adabi ( I paket kecil)*
50gm kerisik
5gm LENGKUAS – di keping ATAU ambil air  ( maksud air lengkuas ialah lengkuas dikisar/ditumbuk  dan masukkan  sedikit air serta tapis untuk dapatkan airnya)

Bahan bertanda * disatukan  semua sekali dan dibancuh dengan sedikit air.

1600 ml air ( air ini juga untuk kisar bahan kisar dan juga untuk kisar ikan@tulang ikan jika air rebusan tidak cukup )

BAHAN C
300gm santan pekat
100gm nisan
50 gm ikan kering ( letak ikan kering cencaru)– digoreng dengan minyak dan dikisar halus
10gm Daun kesum

SAMBAL LADA
20 gm cili kering di rebus
5 gm belacan – dibakar, jika ullos rajin kalau malas tak payah.
50gm air untuk kisar cili
· Cili dan belacan di kisar halus.

ULAM: TAUGEH, DAUN KESOM, TIMUN, KACANG PANJANG, KOBIS. DAUN SERAI KAYU,

CARA
1. Panaskan minyak dan goreng belacan sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan bahan dikisar  (bawang merah, halia, bawang putih dan kunyit hidup) tumis sehingga naik minyak. (Untuk dapatkan kuah laksa yang sedap,  cili dan bawang pasti di tumis sehingga masak). LIHAT VIDEO
4. Selepas tu masukkan kepingan @ air lengkuas  dan kerisik serta masukkan rempah-rempah yang telah dibancuh dengan air.
5. Masukkan air, dan isi ikan yang telah dikisar (BAHAN A), terus kacau sehingga isi ikan dengan air biar sekata. ( Jangan tunggu air mendidih dahulu baru masukkan isi ikan, untuk mengelakkan isi ikan jadi berketul-ketul) kuah laksa kita kelihatan tidak cantik
6. Apabila mendidih masukkan santan, gula nisan dan Masak sehingga naik minyak.. lihat video tahap gulai masak.
7. Apabila sudah naik minyak, Masukkan ikan kering dan kacau bagi sekata.. tutup api baru masukkan daun kesum pula.